Digital Clock with Islamic Ornament


Friday, June 25, 2010

Cit Cat..

hmmm arini..nape dgn arini..jeng3..^_*
arini aku dh bertolak g shah alam cz aku dh stat prktikal ari isnin dpn..
time aku tulis benda alah ni aku ada kt rmh sewa aku..
tp kt rmh ni ada aku ngn member aku je..housemate2 yg len xtau la ke mana menghilang..
td time aku mula2 dtg pon sorg je yg ada..tp pastu die pon menghilang gk..kahkahkah
aah lantak pi la depa nk g mana..depa kn dh besaq..

rmh sewa aku ni xla memuaskn sgt..huhu..bersepah..tp bersyukur r cz ada tempat aku nk berteduh..hak2..xpe survival gitu..heeee...

t time nk g keje lg la adventure gitu..agk jauh jgk la dr 7 ke 13 tu..huhu..kne jln dr rmh ke bus stop lbh kurg 10 mnt..then nek bas smpai seksyen 2..dh smpai 2 tkar bas,nek bas g 13..dr 13 nk smpai company tu kne menapak plak lbh kurg 15-20 mnt..kuikuikui..
bertambah kurus la aku pasni..aiii..

tp xpa..ku x kisah..fikir positif..mne de bnda yg sng sumenyer ssh..nk mkn pon ssh gk kn..xpa2..insyaAllah sumenyer akan berjalan lancar..amiiinn...

hmm nk tulis pe lg ntah..idea pon dh xde ni..smpai sini jela..t merepek2 plak aku tulis..

Thursday, June 17, 2010

Jika...Maka....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..yang kamu pasti ia baik untuk diri kamu..
mengenyangkan..berkhasiat...
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain..terlalu ingin mengejar kelazatan..kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..kamu akan menyesal..
Begitu juga jika kamu bertemu dengan seorang insan..yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu..menyayangimu dan mengasihimu..Mengapa kamu berlengah-lengah dan cuba membandingkannya dengan orang lain..terlalu mengejar kesempurnaan..kelak kamu akan kehilangan apabila ia menjadi milik orang lain..kamu juga akan menyesal..

Jika kamu menadah air biarlah berpada-pada..jangan terlalu mengharap pada takungannya..dan janganlah menganggap ia begitu teguh..cukup sekadar keperluanmu..apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..akhirnya ia dibuang..sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memilikinya seseorang..terimalah seadanya..janganlah kamu terlalu mengaguminya..dan janganlah kamu mengaggapnya begitu istimewa..anggaplah dia manusia biasa..kerana apabila sesekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..sedangkan jika kamu memaafkannya..boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..

Wednesday, June 16, 2010

Impian...

Aku pasti setiap org pasti ada impian masing2..mempunyai impian adalah lumrah dan normal bg setiap insan..impian itu adalah suatu angan2 yang disusuli dgn usaha supaya ia menjadi kenyataan..ada pepatah mengatakan setiap cita-cita itu bermula dgn angan2 dan dari angan2 itu akan berubah menjadi impian..jd dgn impian itu akan terbitnya cita2 pd dri manusia..jikalau tidak mana mungkin adik-beradik Wright dpt mencipta kapal terbang yang pertama jika berasal dr impian mereka utk terbang di udara..dgn impian mereka yg disusuli dgn usaha lalu terlaksanalah cita2 mereka..dan kini..berjuta-juta manusia dpt terbang di udara hasil drp impian mereka..

Bagaimana dgn aku???
aku juga mempunyai impian..tetapi impian aku tu xlah besar sgt cm adk beradk Wright tu..hehehe..
impian aku..AKU NAK PAKAI KERETA BMW MILIK AKU SENDIRI..haaaa tuuu diiiaaaa(pnjam trademark adik aku,fifi...heee)..
hmm tu la salah satu impian aku..
aku xtau la nape aku minat sgt dgn kereta tu..adakah sbb kereta tu melambangkan kemewahan??adakah sbb reka bentuk kereta tu??biarlah Allah dan aku saja yg mengetahui..hehehe..

Bila aku nampak je kereta tu kt mana2..tak kira r kt dlm gmbr or atas jalan raya..mesti aku rasa teruja yg amat sgt..kdg2 menjerit..giler x..hahaha..tp xdela jerit cm kne histeria tu..tu melampau r..hahahaha..

Aku tau utk memilikinya bukan suatu perkara yg mudah..lain la lau aku ni anak org kayo..sekelip mata je aku blh dpt..hahahaha..
tp pd aku tu bukan masalahnyer..yg penting usaha yang dilakukan menuju impian aku tu..

InsyaAllah selagi dikurniakan kudrat dan upaya..aku akan jadikan impian itu suatu kenyataan..



Kisah Petani Dengan Biji Buah Oren...

Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu.

Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.

Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya ” Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, "Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan.Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain.Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita.” "Saya tak paham la ayah” kata anaknya dengan kehairanan. "Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan......” sambung ayahnya.

Tiba-tiba anaknya mencelah "Saya dah faham ayah!Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. "Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi ” biji benih” kita dengan orang lain? Apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt.


'Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. ' (Al-Hasyr:9)

Friday, June 11, 2010

Kegembiraan...

hmmm dh lama aku x jenguk kt blog aku ini..
bkn pe aku xde mood nk mnulis..org kata ape..xde feel..hahaha

tp mlm ni aku nk meluahkn rse kegembiraan aku pas dpt result tok final exam aku yg terakhir cz pasni aku dh xde final exam..dh xyah sibuk2 nk membca lg..hahaha..

alhamdulillah...aku masih dpt mengekalkn anugerah yg aku dpt..aku bersyukur sgt2 sbb Allah masih bg aku peluang utk mengecapi lg skali nikmat anugerah itu sehingga ke tahun akhir diploma aku ni..

aku menghadiahkan anugerah ini kpd mak aku..arwah ayah aku(walaupun die x dpt merasai tp die tetap mengetahui) dan kepada adik2 aku..
ada org pernah ckp dgn aku..ala diploma memang la senang nk dpt anugerah tu,nanti degree tau la cmne..hmmm aku x nafikan yg diploma lebih mudah drpd degree..sedikit sebanyak itu menganggu fikiran aku..tp aku beranggapan begini..biarlah apa yg org nk fikir yg penting aku dpt memberi kegembiraan kpd keluarga aku dgn anugerah ini..skg ni citer time diploma..time diploma kter wt yg terbaik..time degree cabarannya lain..so, kter buat cter baru time degree..kter usaha lagi time degree tok dpt yg terbaik jgk..

kini perjalanan aku sepanjang 3 tahun mengharungi cabaran semasa diploma sudah hampir sampai ke penghujungnya..hanya tinggal bbrape bulan sje lg..selepas ini ada lg satu cabaran yg harus aku lalui bg membolehkn aku mencapai lagi satu anugerah yg aku impikan..impian itu telahaku sematkn di dalam hatiku sejak aku menjejakkn kaki di universiti lagi..impian itu juga telah hampir sampai ke kemuncaknyer utk menjadi kenyataan..aku akan berusaha sebaik mungkin sedikit lg bg merealisasikan impian itu..

aku berharap apabila impian itu menjadi kenyataan kelak..ia akan menjadi kenangan terindah kepada emak,arwah ayahku dan adik2 ku..

terima kasih kepada semua lecturer yg telah mengajar aku secara langsung atau pon tidak..
tanpa mereka semua aku tidak boleh mengecapi semua ini..terima kasih atas motivasi yg telah mereka berikan..

tidak lupa juga kepada semua classmate aku dr part1 smpai part5..bdk2 AP121 GIS...juga kepada semua bdk2 Geomatik batch Dis 07..

Tanpa angan2 dan impian..Tiada cita-cita dan kejayaan..
Jadikan angan2 dan impian itu suatu kenyataan..