Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..yang kamu pasti ia baik untuk diri kamu..
mengenyangkan..berkhasiat...
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain..terlalu ingin mengejar kelazatan..kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..kamu akan menyesal..
Begitu juga jika kamu bertemu dengan seorang insan..yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu..menyayangimu dan mengasihimu..Mengapa kamu berlengah-lengah dan cuba membandingkannya dengan orang lain..terlalu mengejar kesempurnaan..kelak kamu akan kehilangan apabila ia menjadi milik orang lain..kamu juga akan menyesal..
Jika kamu menadah air biarlah berpada-pada..jangan terlalu mengharap pada takungannya..dan janganlah menganggap ia begitu teguh..cukup sekadar keperluanmu..apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..akhirnya ia dibuang..sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memilikinya seseorang..terimalah seadanya..janganlah kamu terlalu mengaguminya..dan janganlah kamu mengaggapnya begitu istimewa..anggaplah dia manusia biasa..kerana apabila sesekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..sedangkan jika kamu memaafkannya..boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..
No comments:
Post a Comment